Skip to content

Seksyen 19

Pengesahan dan tanggung rugi

of Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022

Amendment ActIn forceProvision 19 of 20
Seksyen 19
(1)

Walau apa pun tiada apa-apa peruntukan di bawah

Akta ibu tentang kehendak untuk membayar fi kepada Pengawal, fi yang dipungut dan dikenakan oleh Pengawal berhubung dengan perisytiharan yang dikeluarkan di bawah seksyen 27a Akta ibu hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah sepanjang tempoh mulai 1 Jun 2012 sehingga hari sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini.

(2)

Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan terhadap Kerajaan Malaysia, mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia, Perbadanan, mana-mana pegawai

Perbadanan, atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya berkenaan dengan apa-apa fi yang telah dikenakan dan dipungut semasa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1), dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang telah dibawa, dimulakan atau dikekalkan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan fi yang telah dikenakan dan dipungut di bawah Akta ini boleh dibuat.