Skip to content

Seksyen 15

of Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022

Amendment ActIn forceProvision 15 of 20

Seksyen 15

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Bahagian VIa bahagian yang berikut:

“Bahagian VIaa

TEKNOLOGI PENSTRIMAN

Kesalahan berhubungan dengan teknologi penstriman 43aa.  (1)  Tiada seorang pun boleh melakukan atau memudahkan pelanggaran hak cipta dalam apa-apa karya dengan—

(a)

membuat suatu teknologi penstriman untuk dijual atau disewakan;

(b)

mengimport suatu teknologi penstriman;

(c)

menjual atau menyewakan, menawarkan, mendedahkan atau mengiklankan untuk dijual atau disewakan, memiliki atau mengedarkan suatu teknologi penstriman dalam perjalanan urusan;

(d)

mengedarkan suatu teknologi penstriman bagi maksud selain dalam perjalanan urusan sehingga suatu takat yang menjejaskan pemunya hak cipta itu; atau

(e)

menawarkan kepada orang awam atau memberikan apa-apa perkhidmatan teknologi penstriman.

Hak Cipta (Pindaan)

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada sepuluh ribu ringgit dan tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan bagi suatu tempoh tidak melebihi dua puluh tahun atau kedua-duanya.

(3)

Jika suatu kesalahan di bawah seksyen ini dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan atau oleh seseorang yang menjadi pekongsi dalam suatu firma, tiap-tiap pengarah, ketua pegawai eksekutif, ketua pegawai operasi, setiausaha, pengurus atau pegawai lain pertubuhan perbadanan itu yang serupa atau tiap-tiap pekongsi lain dalam firma itu atau yang berupa sebagai bertindak atas apa-apa kapasiti sedemikian atau dalam apa-apa cara atau bertanggungjawab hingga apa-apa takat bagi pengurusan hal ehwal pertubuhan perbadanan atau firma itu atau membantu dalam pengurusan sedemikian, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan itu dan boleh dipertuduh secara berasingan atau bersesama dalam prosiding yang sama dengan pertubuhan perbadanan atau firma itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha wajar untuk menghalang pelakuan kesalahan itu.

(4)

Bagi maksud seksyen ini, “teknologi penstriman”

termasuklah program komputer, alat atau komponen yang digunakan sebahagiannya atau secara keseluruhannya yang mengakibatkan suatu pelanggaran hak cipta dalam sesuatu karya.”.

Pindaan seksyen 48