Seksyen 12
Subseksyen 41(1) Akta ibu dipinda—
of Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022
(a)
dalam perenggan (ha), dengan menggantikan perkataan
“atau menjual” dengan perkataan “, menjual atau menyewakan, menawarkan atau mendedahkan untuk dijual atau disewakan, mengiklankan untuk dijual atau disewakan, memiliki atau mengedarkan”;
(b)
dalam perenggan (i), dengan memotong perkataan “atau”
di hujung perenggan itu;
(c)
dalam perenggan (j), dengan menggantikan koma di hujung perenggan itu dengan perkataan “; atau”;
(d)
dengan memasukkan selepas perenggan (j) perenggan yang berikut:
“(k) menyediakan atau berkongsi akses ke suatu lokasi dalam talian apa-apa karya atau salinan karya kepada mana-mana orang lain tanpa kebenaran,”;
dan
(e)
dalam subperenggan (iii), dengan menggantikan perkataan
“(i) dan (j)” dengan perkataan “(i), (j) dan (k)”.