Skip to content

Section 14

Fungsi Lembaga adalah—

of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012

ActIn forceProvision 14 of 60
Section 14

(a)

untuk mengkaji semula dasar dan hala tuju strategik

Institut;

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 15

(b)

untuk menasihati Menteri dalam perkara yang berhubung dengan Akta ini dan perkembangan berkaitan penyelidikan keselamatan jalan raya dengan rujukan khusus kepada implikasi perkembangan sedemikian bagi

Malaysia;

(c)

untuk membuat pengesyoran kepada Menteri berkenaan dengan kaedah, langkah dan dasar untuk diterima pakai bagi memudahkan pembangunan penyelidikan keselamatan jalan raya, dan jika diluluskan oleh Menteri, untuk melaksanakan dan membantu di dalam pelaksanaannya melalui Institut;

(d)

untuk membuat apa-apa perkara yang perlu atau berfaedah dan sesuai bagi pentadbiran, pengawalan dan pengurusan

Institut; dan

(e)

untuk membuat apa-apa perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi Lembaga di bawah Akta ini yang tidak bercanggah dengan maksud Akta ini, sama ada diarahkan oleh Menteri atau tidak.