Section 18
Pengosongan jawatan
of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012
Jawatan anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 11(1)(a), (f), (g) atau (h) hendaklah menjadi kosong—
(a)
jika dia mati;
(b)
jika telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—
(i)
suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
(ii)
suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubung dengan rasuah; atau
(iii)
apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda)
selama tempoh yang melebihi dua tahun;
(c)
sekiranya kelakuannya, sama ada yang berkaitan dengan tugasnya sebagai anggota Lembaga atau tidak, adalah sedemikian cara sehingga mencemarkan nama
Lembaga;
(d)
jika dia menjadi bankrap;
(e)
jika dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya menunaikan kewajipannya;
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 17
(f)
dalam hal Pengerusi, jika dia tidak menghadiri mesyuarat
Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada Menteri; atau
(g)
dalam hal anggota Lembaga yang dilantik di bawah perenggan 11(1)(f), (g) atau (h), jika dia tidak menghadiri mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran secara bertulis daripada Pengerusi.