Malaysia legislation

Section 21

of MALAYSIAN INSTITUTE OF ROAD SAFETY RESEARCH ACT 2012

Section 21

(2)

Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota sesuatu jawatankuasa.

(3)

Sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen ini boleh memilih mana-mana anggotanya menjadi pengerusi jawatankuasa itu.

(4)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengawal selia tatacaranya sendiri.

(5)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada, dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan kepada jawatankuasa itu oleh Lembaga.

(6)

Mesyuarat sesuatu jawatankuasa hendaklah diadakan pada masa dan tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(7)

Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa untuk menghadiri mana-mana mesyuaratnya bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang sedang dibincangkan, tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.

(8)

Anggota jawatankuasa atau mana-mana orang yang diundang di bawah subseksyen (7) untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa boleh dibayar apa-apa elaun dan belanja lain yang ditentukan oleh Lembaga.

(9)

Tertakluk kepada subseksyen (10), (11) dan (12), seseorang anggota jawatankuasa hendaklah memegang jawatan atas apa-apa syarat dan bagi suatu tempoh yang dinyatakan dalam surat pelantikannya dan layak untuk dilantik semula.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 19

(10)

Lembaga boleh membatalkan pelantikan mana-mana anggota jawatankuasa tanpa memberikan apa-apa alasan bagi pembatalan itu.

(11)

Seseorang anggota jawatankuasa boleh meletakkan jawatan dengan memberikan notis bertulis kepada Lembaga tidak kurang daripada empat belas hari sebelum tarikh peletakan jawatan yang dimaksudkan.

(12)

Sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan—

(a)

minit kesemua mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya; dan

(b)

salinan minit semua mesyuaratnya dikemukakan kepada

Lembaga dengan secepat yang dapat dilaksanakan.

Elaun

Section 21 — MALAYSIAN INSTITUTE OF ROAD SAFETY RESEARCH ACT 2012