Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011
37. Surat kuasa wakil
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Melainkan jika terma amanah memperuntukkan yang sebaliknya, pemegang amanah boleh, dengan surat kuasa wakil, mewakilkan bagi suatu tempoh yang tidak melebihi dua belas bulan, pelaksanaan mana-mana amanah atau fungsi yang terletak hak padanya, sama ada berseorangan atau bersesama, sebagai pemegang amanah kecuali kuasa untuk memberikan surat kuasa wakil di bawah seksyen ini.
Pemegang amanah yang mewakilkan sesuatu amanah atau fungsi dengan surat kuasa wakil di bawah seksyen ini hendaklah disebut “pemberi kuasa wakil” dalam seksyen ini dan orang yang kepadanya amanah atau fungsi itu diwakilkan disebut “penerima kuasa wakil”.
Seseorang yang merupakan satu-satunya pemegang amanah bersama yang lain bagi pemberi kuasa wakil itu tidak boleh menjadi penerima kuasa wakil.
Pemberi kuasa wakil hendaklah, dalam masa tujuh hari dari pemberian surat kuasa wakil di bawah seksyen ini, memberikan notis bertulis tentang perwakilan itu kepada—
mana-mana orang lain yang di bawah terma amanah mempunyai kuasa, sama ada berseorangan atau bersesama, untuk melantik pemegang amanah yang baru;
tiap-tiap pemegang amanah bersama; dan
dalam hal amanah berdaftar, Lembaga.
Notis di bawah subseksyen (4) hendaklah menyatakan—
tarikh mula berkuat kuasa dan jangka masa surat kuasa wakil itu;
nama dan alamat penerima kuasa wakil itu;
52 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
sebab bagi pemberian surat kuasa wakil itu; dan
amanah atau fungsi yang diwakilkan.
Kegagalan pemberi kuasa wakil untuk mematuhi subseksyen
atau (5) tidaklah sendirinya, dengan memihak kepada orang yang berurusan dengan penerima kuasa wakil itu, menidaksahkan apa-apa jua yang dilakukan oleh penerima kuasa wakil itu.
Pemberi kuasa wakil adalah terikat dan bertanggungan bagi semua tindakan atau keingkaran penerima kuasa wakil yang dibuat atau yang berupa sebagai dibuat di bawah surat kuasa wakil itu seolah-olah tindakan atau keingkaran itu adalah tindakan atau keingkarannya sendiri.
Peruntukan seksyen ini tidaklah terpakai bagi sesuatu syarikat amanah yang bertindak sebagai pemegang amanah.
Bahagian V