Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

43. Pemegang amanah bertindak berkenaan dengan lebih daripada satu amanah

(1)

Seseorang pemegang amanah yang bertindak bagi lebih daripada satu amanah tidaklah, tanpa fraud, disentuh oleh notis tentang apa-apa surat cara, perkara, fakta atau benda yang berhubungan dengan mana-mana amanah tertentu jika pemegang amanah itu telah memperoleh notis tentangnya oleh sebab dia bertindak atau telah bertindak bagi maksud suatu amanah yang lain.

Amanah Labuan 61

(2)

Seseorang pemegang amanah suatu amanah hendaklah mendedahkan kepada mana-mana pemegang amanah bersama apa-apa kepentingan yang dipunyainya sebagai pemegang amanah suatu amanah yang lain jika apa-apa transaksi yang berhubungan dengan amanah yang mula-mula disebut itu hendak dibuat dengan pemegang amanah yang satu lagi.

Report