Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

42A. Pencegahan pecah amanah

Mahkamah boleh, dalam mencegah pecah amanah daripada berlaku, membuat perintah untuk—

(a)

memaksa pemegang amanah untuk melaksanakan kewajipan pemegang amanah;

(b)

menahan pemegang amanah daripada melakukan pecah amanah;

(c)

melantik fidusiari khas untuk mengambil milikan harta amanah itu dan mentadbirkan amanah itu;

(d)

menggantung pemegang amanah itu; atau

(e)

menyingkirkan pemegang amanah itu.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

Remedi kerana pecah amanah

Report