Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

45. Pemegang amanah konstruktif

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (2), jika seseorang membuat atau menerima apa-apa keuntungan, laba atau faedah daripada suatu pecah amanah dia hendaklah disifatkan sebagai pemegang amanah konstruktif bagi keuntungan, laba atau faedah itu.

62 Undang-Undang Malaysia AKTA 554

(2)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai bagi pembeli bona fide harta dengan nilai dan tanpa notis tentang pecah amanah.

(3)

Seseorang pemegang amanah konstruktif atau seseorang yang menjadi pemegang amanah konstruktif hendaklah menghantarserahkan harta yang dia menjadi pemegang amanah konstruktif kepada orang yang berhak dengan sepatutnya kepada harta itu.

(4)

Seksyen ini tidaklah mengetepikan apa-apa hal keadaan lain yang mengikutnya seseorang mungkin merupakan atau menjadi seorang pemegang amanah konstruktif.

Report