Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011
44. Berurusan dengan pihak ketiga
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika dalam mana-mana transaksi atau perkara yang melibatkan suatu amanah, seseorang pemegang amanah memaklumkan pihak ketiga bahawa dia bertindak sebagai pemegang amanah, maka sesuatu tuntutan oleh pihak ketiga itu yang berhubungan dengannya hendaklah hanya meliputi harta amanah itu sahaja.
Jika dalam apa-apa transaksi atau perkara sedemikian seseorang pemegang amanah tidak memberitahu pihak ketiga bahawa dia bertindak sebagai pemegang amanah dan pihak ketiga itu tidak selainnya menyedari hakikat itu, pemegang amanah itu—
hendaklah bertanggungan sendiri kepada pihak ketiga itu berkenaan dengannya; dan
hendaklah mempunyai hak untuk menggunakan harta amanah bagi menanggung ruginya terhadap liabiliti itu, melainkan jika tindakan pemegang amanah itu merupakan pecah amanah.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan liabiliti pemegang amanah bagi pecah amanah atau apa-apa liabiliti lain di bawah mana-mana undang-undang.
Dalam seksyen ini, “pihak ketiga” ertinya seseorang selain pembuat amanah, pemegang amanah atau benefisiari amanah itu.
Bahagian V