Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

40. Section 40

(1)

Seseorang pemegang amanah tidak berhak mendapat apa-apa saraan bagi perkhidmatan yang diberikan melainkan jika dibenarkan—

(a)

oleh terma amanah itu;

(b)

melalui persetujuan bertulis semua benefisiari yang dapat dikenal pasti atau dapat ditentukan; atau

(c)

oleh suatu perintah Mahkamah.

(2)

Seseorang pemegang amanah boleh membayar balik kepada dirinya sendiri atau membayar daripada amanah semua perbelanjaan dan liabiliti yang semunasabahnya dilakukan olehnya berkaitan dengan amanah itu.

Report