Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011
46E. Kewajipan pemegang amanah berhubung dengan syer yang ditetapkan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Tertakluk kepada seksyen 46I, syer yang ditetapkan hendaklah dipegang oleh pemegang amanah atas amanah untuk memegang simpannya.
Kewajipan pemegang amanah untuk memegang simpan syer yang ditetapkan itu hendaklah mempunyai keutamaan ke atas apa-apa kewajipan untuk memelihara atau meningkatkan nilai kumpulan wang amanah itu.
Tanpa menjejaskan subseksyen (2), pemegang amanah tidak bertanggungjawab bagi kerugian yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung daripada pemegangan syer yang ditetapkan, termasuklah kerugian yang berbangkit daripada mana-mana hal keadaan yang berikut:
Amanah Labuan 69
ketiadaan atau ketidakcukupan pulangan kewangan daripada mana-mana syer yang ditetapkan;
penurunan nilai mana-mana syer yang ditetapkan;
apa-apa perbuatan atau peninggalan pengarah syarikat, tanpa mengira sama ada perbuatan atau peninggalan itu dibuat atau dilakukan dengan suci hati atau tidak;
pelikuidasian atau penerima syarikat itu;
turun naik pasaran syer;
kehilangan peluang untuk membuat keuntungan daripada pelaburan semula hasil syer yang ditetapkan; atau
liabiliti dan perbelanjaan syarikat itu, termasuklah saraan dan perbelanjaan pengarah.
Tiap-tiap sebutan dalam subseksyen (3) mengenai syarikat hendaklah termasuk sebutan mengenai mana-mana perbadanan yang berkaitan dengannya.
Sekatan ke atas kuasa pemegang amanah
Bahagian V