Labuan Offshores Trusts Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011
41. Hak kepada maklumat
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pemegang amanah hendaklah, apabila menerima sesuatu permintaan, memberikan maklumat yang tepat tentang keadaan dan amaun harta amanah dan penjalanan pentadbiran amanah—
kepada Mahkamah;
kepada pembuat amanah, penguat kuasa atau pelindung amanah itu, melainkan jika pemegang amanah itu mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu membuat permintaan itu disebabkan oleh dures; atau
jika terma-terma amanah membenarkan sedemikian—
kepada mana-mana benefisiari yang mempunyai kepentingan terletak hak pada amanah itu; atau
kepada khairat yang disebut dalam surat cara amanah itu melalui namanya sebagai benefisiari di bawah amanah itu.
Tertakluk kepada terma-terma amanah dan apa-apa perintah yang diberikan oleh Mahkamah atas alasan khas dan berkecuali, pemegang amanah atau orang lain tidak boleh dikehendaki supaya
Amanah Labuan 55
mendedahkan kepada mana-mana orang lain yang tidak layak kepadanya di bawah subseksyen (1) apa-apa dokumen atau maklumat yang mendedahkan—
pertimbangtelitiannya tentang bagaimana dia patut menjalankan atau telah menjalankan fungsinya sebagai pemegang amanah;
sebab-sebab bagi apa-apa keputusan dibuat pada menjalankan fungsi-fungsi itu;
apa-apa benda yang berdasarkannya keputusan itu telah atau mungkin dibuat;
mana-mana bahagian akaun amanah itu; atau
apa-apa surat hasrat yang diberikan oleh pembuat amanah atau benefisiari.
Walau apa pun terma-terma amanah—
Mahkamah boleh, atas permohonan yang dibuat kepadanya, mengisytiharkan bahawa dalam hal keadaan tertentu yang terma-terma amanah tidak memperuntukkan pemegang amanah bertanggungjawab terhadap benefisiari-benefisiari atau mana-mana antara mereka dengan secukupnya atau sepatutnya; dan
Mahkamah boleh, menurut pengisytiharan tersebut, melanjutkan atau mengehadkan hak-hak kepada maklumat kesemua atau mana-mana benefisiari berhubungan dengan amanah atau boleh membuat perintah lain yang difikirkannya patut.
Kecuali sebagaimana yang dikehendaki, dibenarkan atau selainnya diperuntukkan oleh Akta ini, atau oleh termaterma amanah atau sebagaimana yang perlu bagi maksud amanah itu, dan walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang lain—
tiap-tiap pemegang amanah dan tiap-tiap orang lain hendaklah pada setiap masa menganggap dan memperlakukan semua dokumen dan maklumat berhubungan dengan sesuatu amanah sebagai rahsia dan sulit;
56 Undang-Undang Malaysia AKTA 554
tiada pemegang amanah atau orang lain boleh pada bila-bila masa dikehendaki untuk mengemukakan kepada atau di hadapan mana-mana mahkamah, tribunal, lembaga, jawatankuasa penyiasatan atau mana-mana pihak berkuasa yang lain atau menzahirkan kepada mana-mana pihak berkuasa itu apa-apa perkara atau benda yang sampai kepada pengetahuannya atau ada dalam milikannya kerana apa-apa sebab jua pun, jika perkara atau benda itu berhubungan dengan sesuatu amanah.
Mana-mana pemegang amanah atau orang lain yang, kecuali sebagaimana yang dikehendaki, dibenarkan atau selainnya diperuntukkan oleh Akta ini, atau oleh terma-terma amanah itu atau oleh Mahkamah, pada bila-bila masa menyampaikan atau cuba untuk menyampaikan apa-apa perkara atau benda berhubungan dengan sesuatu amanah kepada mana-mana orang melakukan suatu kesalahan.
Penalti: Pemenjaraan selama lima tahun atau satu juta ringgit atau kedua-duanya.
Bahagian V