Skip to content
In forceUpdated to 30 Dec 2023Read it in English

Bahagian X · Pemeriksaan, Penyiasatan, Penggeledahan, Penyitaan dan Penangkapan

50B. Kuasa tambahan

Feedback & support
(1)

Sebagai tambahan kepada dan tanpa menjejaskan kuasa sedia ada yang diberikan di bawah Akta ini, apabila membawa dan menjaga mana-mana orang dalam tahanan, seseorang pegawai yang hak hendaklah mempunyai segala kuasa seorang pegawai polis yang berpangkat Koperal dan lebih rendah dan kuasa seorang pegawai penjara yang berpangkat Sarjan dan lebih rendah di bawah

Akta Penjara 1995 [Akta 537].

(2)

Bagi maksud Akta ini –

(a)

jika sesuatu perintah, perakuan atau apa-apa perbuatan lain dikehendaki supaya diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seseorang pegawai penjaga Daerah Polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, perintah, perakuan atau perbuatan itu boleh diberikan, dikeluarkan atau dilakukan oleh seorang pegawai kanan eksais, dan bagi maksud itu, tempat yang perintah, perakuan atau perbuatan itu diberikan, dikeluarkan atau dilakukan hendaklah disifatkan sebagai

Daerah Polis di bawah jagaannya; dan

Eksais 85

(b)

seseorang pegawai yang hak hendaklah mempunyai segala kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai penjaga balai polis di bawah mana-mana undang-undang bertulis, dan bagi maksud itu pejabat pegawai itu hendaklah disifatkan sebagai suatu balai polis.

Report

Bahagian XI

Peruntukan Mengenai Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XIII

Peraturan-Peraturan

Bahagian XIV

Dengan Labuan

Bahagian XV

Dengan Sabah dan Sarawak

Bahagian XVC

Peruntukan Khas Berkenaan Dengan Kawasan Pembangunan Bersama

Bahagian XVI

Pemansuhan

Schedules