Seksyen 51
Majistret boleh mengeluarkan waran geledah
Apabila didapati oleh seseorang Majistret, dari maklumat bertulis atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa ada sebab-sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa dalam rumah kediaman, kedai atau bangunan lain atau tempat, atau dalam sesuatu vesel, lain daripada sesuatu vesel yang adalah atau mempunyai taraf suatu kapal perang atau sesuatu kapal udara, ada disembunyi atau diletakkan apa-apa barang-barang yang boleh dikenakan lucut hak di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, atau yang mengenainya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan,
Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran memberi kuasa kepada seseorang pegawai eksais yang dinamakan dalamnya, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan—
(a)
untuk memasuki rumah kediaman, kedai atau bangunan lain, tempat, vesel atau kapal udara itu dan di situ mencari dan menyita apa-apa barang-barang yang munasabah disyaki boleh dikenakan lucut hak di bawah Akta ini, atau di bawah mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, atau yang mengenainya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini disyaki telah dilakukan, dan apa-apa buku atau dokumen yang mungkin munasabah dipercayai sebagai mempunyai hubungan dengan perkara itu; dan
(b)
menangkap mana-mana orang yang berada dalam rumah kediaman, kedai atau bangunan lain, tempat, vesel atau kapal udara itu yang dalam miliknya barang-barang yang disebut di atas mungkin didapati atau yang mungkin munasabah disyaki oleh pegawai itu sebagai telah menyembunyi atau meletakkan barang-barang itu.
86 Undang-Undang Malaysia AKTA 176
(2)
Pegawai itu boleh jika perlu—
(a)
memecah buka sesuatu pintu luar atau pintu dalam rumah kediaman, kedai atau bangunan, tempat, vesel atau kapal udara itu dan masuk ke dalamnya;
(b)
dengan cara kekerasan memasuki tempat, vesel atau kapal udara itu dan tiap-tiap bahagiannya;
(c)
membuang dengan kekerasan apa-apa yang menghalang ia masuk, mencari, menyita dan mengambil sebagaimana yang ia diberi kuasa untuk berbuat; dan
(d)
menahan tiap-tiap orang yang dijumpai di tempat, vesel atau kapal udara itu sehingga tempat, vesel atau kapal udara itu telah digeledah.
(3)
Jika oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya tidak praktikal untuk mengeluarkan apa-apa barang-barang, dokumen atau benda yang disita di bawah seksyen ini, pegawai eksais boleh, dengan apa-apa cara, mengelak rumah kediaman, kedai atau bangunan lain, tempat, vesel atau kapal udara atau barang-barang, dokumen atau benda dalam rumah kediaman, kedai atau bangunan lain, tempat, vesel atau kapal udara itu dijumpai.
(4)
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecah, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (3) atau mengeluarkan barang-barang, dokumen atau benda yang dilak itu, atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.