Skip to content
In forceUpdated to 30 Dec 2023Read it in English

Bahagian X · Pemeriksaan, Penyiasatan, Penggeledahan, Penyitaan dan Penangkapan

56C. Tatacara apabila penyiasatan tidak boleh diselesai dalam tempoh dua puluh empat jam

Feedback & support
(1)

Apabila mana-mana orang ditangkap dan ditahan dalam jagaan dan didapati bahawa penyiasatan tidak dapat diselesaikan dalam tempoh dua puluh empat jam dan terdapat alasan bagi mempercayai bahawa tuduhan atau maklumat itu adalah kukuh, pegawai kanan eksais yang membuat penyiasatan itu di bawah Akta ini hendaklah dengan segera mengemukakan kepada Majistret sesalinan catatan dalam diari yang ditetapkan di bawah seksyen 56D berhubung dengan kes itu dan hendaklah pada masa yang sama mengemukakan orang itu di hadapan Majistret.

(2)

Majistret yang di hadapannya seseorang itu dikemukakan di bawah seksyen ini boleh, sama ada ia mempunyai atau tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes itu, dari semasa ke semasa, membenarkan supaya penahanan orang itu dalam jagaan sebagaimana yang Majistret itu berpendapat sesuai untuk suatu tempoh yang tidak melebihi lima belas hari secara keseluruhannya.

(3)

Jika Majistret itu tidak mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan kes itu dan berpendapat penahanan selanjutnya tidak

104 Undang-Undang Malaysia AKTA 176

diperlukan, dia boleh memerintahkan supaya orang itu dikemukakan di hadapan Majistret yang mempunyai bidang kuasa itu atau, jika kes itu hanya boleh dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi, di hadapannya sendiri atau Majistret yang lain yang mempunyai bidang kuasa dengan tujuan untuk menghantar kes itu untuk perbicaraan di Mahkamah

Tinggi.

(4)

Majistret yang membenarkan penahanan di bawah seksyen ini hendaklah merekodkan sebab-sebab dia berbuat demikian.

Report

Bahagian XI

Peruntukan Mengenai Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XIII

Peraturan-Peraturan

Bahagian XIV

Dengan Labuan

Bahagian XV

Dengan Sabah dan Sarawak

Bahagian XVC

Peruntukan Khas Berkenaan Dengan Kawasan Pembangunan Bersama

Bahagian XVI

Pemansuhan

Schedules