Skip to content
In forceUpdated to 30 Dec 2023Read it in English

Bahagian X · Pemeriksaan, Penyiasatan, Penggeledahan, Penyitaan dan Penangkapan

56D. Catatan diari semasa penyiasatan

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap pegawai eksais yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini hendaklah dari hari ke hari membuat catatan prosidingnya dalam penyiasatan itu dalam suatu diari yang menyatakan—

(a)

masa arahan untuk penyiasatan, jika ada, sampai kepadanya;

(b)

masa dia memulakan dan menamatkan penyiasatan itu;

(c)

tempat atau tempat-tempat yang dilawati olehnya; dan

(d)

suatu pernyataan mengenai hal keadaan yang telah ditentukan melalui penyiasatannya.

(2)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam

Akta Keterangan 1950, orang yang dituduh tidak berhak, sama ada sebelum atau semasa mana-mana prosiding di bawah Akta ini, meminta atau memeriksa apa-apa diari itu:

Dengan syarat bahawa jika pegawai eksais yang telah melakukan penyiasatan itu merujuk kepada diari itu bagi maksud seksyen 159 atau 160 Akta Keterangan 1950, hanya catatan yang dirujuk oleh pegawai itu hendaklah ditunjukkan kepada orang yang dituduh itu, dan mahkamah hendaklah atas permintaan pegawai itu menyebabkan apa-apa catatan lain disembunyikan daripada pandangan atau dipadamkan.

Eksais 105

Report

Bahagian XI

Peruntukan Mengenai Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XIII

Peraturan-Peraturan

Bahagian XIV

Dengan Labuan

Bahagian XV

Dengan Sabah dan Sarawak

Bahagian XVC

Peruntukan Khas Berkenaan Dengan Kawasan Pembangunan Bersama

Bahagian XVI

Pemansuhan

Schedules