Seksyen 54
Penyitaan barang-barang hal perkara sesuatu kesalahan
Semua barang-barang yang berkenaan dengannya telah ada, atau ada, sebab yang munasabah bagi mengesyaki bahawa telah dilakukan sesuatu kesalahan terhadap Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, atau sesuatu pelanggaran terhadap mana-mana daripada peruntukan-peruntukan
Akta ini atau terhadap mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya, atau terhadap sesuatu sekatan atau syarat yang tertakluk padanya atau yang atasnya sesuatu lesen atau permit telah diberi di bawah Akta ini, bersama dengan sesuatu bekas, bungkusan, pengangkut selain vesel yang tidak melebihi dua ratus tan berat-tan bersih yang didaftarkan atau kapal udara yang terlibat dalam pengangkutan antarabangsa yang dalamnya barang-barang itu telah dijumpai atau yang telah digunakan berhubung dengan kesalahan atau pelanggaran itu, dan mana-mana buku atau dokumen yang mungkin dipercayai dengan munasabah sebagai ada hubungan dengan kes itu, boleh disita oleh mana-mana pegawai eksais daripada orang itu di mana-mana tempat dalam Malaysia, dan sama ada di darat atau di perairan wilayah.
(2)
Semua barang-barang itu dan bekas, bungkusan, kereta, vesel atau kapal udara itu hendaklah, seberapa cepat yang praktik, diserahkan ke dalam jagaan pegawai yang hak berkewajipan untuk menerimanya.
(3)
Apabila apa-apa barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara disita di bawah Akta ini, pegawai yang menyita itu hendaklah dengan serta-merta memberi notis secara bertulis mengenai penyitaan itu dan alasan-alasan baginya kepada pemunya barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara itu, jika diketahui, sama ada dengan menyerahkan notis itu kepada pemunya itu sendiri atau melalui pos berdaftar mengikut seksyen 42.
Eksais 93
(3A)
Jika oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya tidak praktikal untuk mengeluarkan apa-apa barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu boleh, dengan apa-apa cara, mengelak barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara itu, atau premis atau tempat yang di dalamnya barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara itu dijumpai.
(3B)
Seseorang yang, tanpa kuasa yang sah, memecah, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (3A) atau mengeluarkan apa-apa barang-barang, kereta, vesel atau kapal udara yang dilak itu, atau cuba untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.
(4)
Peruntukan-peruntukan seksyen ini berhubung dengan penyitaan—
(a)
apa-apa barang-barang hendaklah dipakai bagi segala isi mana-mana bungkusan atau bekas yang dalamnya barang-barang itu dijumpai, dan bagi sesuatu benda yang digunakan bagi menyembunyikan barang-barang itu;
(b)
sesuatu vesel atau kapal udara hendaklah dipakai juga bagi takal, alat kelengkapan dan peralatan vesel atau kapal udara itu; dan
(c)
sesuatu kereta hendaklah dipakai bagi semua alat kelengkapannya, dan bagi mana-mana binatang yang menarik kereta itu.
(5)
(Dipotong oleh Akta A781).