Skip to content
In forceUpdated to 30 Dec 2023Read it in English

Bahagian X · Pemeriksaan, Penyiasatan, Penggeledahan, Penyitaan dan Penangkapan

56E. Keterangan ejen provokasi boleh diterima

Feedback & support
(1)

Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, tiada ejen provokasi boleh dianggap tidak boleh dipercayai hanya oleh sebab dia cuba untuk bersubahat atau telah bersubahat dalam melakukan suatu kesalahan oleh mana-mana orang di bawah Akta ini jika cubaan untuk bersubahat atau persubahatan itu adalah semata-mata bagi maksud mendapatkan keterangan terhadap orang itu.

(2)

Walau apa pun mana-mana rukun undang-undang atau peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain yang berlawanan, dan ejen provokasi itu ialah seorang pegawai eksais atau pegawai polis tidak kira apa jua pangkatnya, apa-apa pernyataan, sama ada lisan atau bertulis, yang dibuat kepada ejen provokasi oleh mana-mana orang yang kemudiannya dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah Akta ini boleh diterima sebagai keterangan semasa perbicaraannya.

Report

Bahagian XI

Peruntukan Mengenai Perbicaraan dan Prosiding

Bahagian XII

Kesalahan dan Penalti

Bahagian XIII

Peraturan-Peraturan

Bahagian XIV

Dengan Labuan

Bahagian XV

Dengan Sabah dan Sarawak

Bahagian XVC

Peruntukan Khas Berkenaan Dengan Kawasan Pembangunan Bersama

Bahagian XVI

Pemansuhan

Schedules