Seksyen 55A
Seksyen 55A
Dalam mana-mana prosiding berkenaan dengan apa-apa kesalahan terhadap Akta ini atau mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya yang di dalamnya kewujudan, perihalan, pengelasan, komposisi, kuantiti, kualiti atau nilai, atau apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan, mana-mana barang yang dipulangkan di bawah perenggan 55(1)(a) atau (b) atau dijual atau dimusnahkan di bawah perenggan (c) subseksyen tersebut, dipersoalkan, apa-apa dokumen yang dikemukakan oleh pendakwa yang berupa sebagai suatu perakuan berkenaan dengan mana-mana perkara sedemikian yang diberikan dan ditandatangani oleh—
(a)
mana-mana ahli analisis mengikut pengertian subseksyen 61(5); atau
(b)
pegawai kanan eksais; atau
(c)
mana-mana orang, tidak kira sama ada dia seorang pegawai awam ataupun tidak, yang diberi kuasa oleh atau bagi pihak
Eksais 97
Menteri, sama ada secara am atau dalam apa-apa hal tertentu, bagi maksud-maksud seksyen ini, bolehlah diterima sebagai keterangan dan konklusifnya dokumen itu tidaklah boleh dipersoalkan atas alasan bahawa barang-barang yang berkenaan dengannya perakuan itu diberikan telah tidak dikemukakan di hadapan mahkamah sama ada sebahagiannya atau keseluruhannya, dan ia hendaklah menjadi keterangan tentang isi kandungannya, termasuk fakta-fakta yang dinyatakan di dalamnya, tanpa bukti tentang tandatangan pada perakuan sedemikian.
(2)
Peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis lain atau rukun keterangan yang bertentangan.