Skip to content

Seksyen 35

Obligasi Kerahsiaan

of Akta Industri Pelancongan 1992

ActIn forceProvision 39 of 53
Seksyen 35
(1)

Kecuali bagi maksud Akta ini, tiada seorang pun yang mempunyai akses kepada apa-apa rekod, buku, daftar, surat, maklumat, dokumen atau apa-apa pun bahan lain yang didapatkan menurut peruntukan Akta ini boleh menzahirkan rekod, buku, daftar, surat, maklumat, dokumen atau bahan lain itu kepada mana-mana orang lain.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Industri Pelancongan 35

Perisytiharan tidak tepat, dsb.