Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2020Read it in English

Bahagian V

33. Lesen yang hilang

Feedback & support
(1)

Jika suatu pengusahaan pelancongan berlesen telah hilang lesennya, ia hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis mengenai kehilangan itu.

(2)

Jika seorang pemandu pelancong berlesen telah hilang lesen atau kad pemberian kuasanya, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pesuruhjaya secara bertulis mengenai kehilangan itu.

(3)

Pengusahaan pelancongan berlesen atau pemandu pelancong berlesen itu hendaklah mengemukakan suatu permohonan untuk lesen atau kad pemberian kuasa gantian, mengikut mana-mana yang berkenaan, dengan disertakan segala maklumat dan dokumen sebagaimana yang dikehendaki oleh Pesuruhjaya bersama dengan fi yang ditetapkan yang boleh dikenakan.

Report