Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2020Read it in English

Bahagian V

46. Senarai benda yang disita

Feedback & support
(1)

Pegawai diberi kuasa yang menyita apa-apa buku, akaun, dokumen atau benda lain di bawah Akta ini hendaklah menyediakan satu senarai mengenai buku, akaun, dokumen atau benda lain yang disita itu dan dengan segera menghantarkan satu salinan senarai itu yang ditandatanganinya kepada penghuni atau ejen atau pekhidmat penghuni itu yang hadir di premis atau tempat penyitaan.

(2)

Senarai yang disebut dalam subseksyen (1) tidak boleh dikira sebagai suatu pernyataan, pengakuan atau pengakuan salah yang dibuat oleh penghuni itu atau ejen atau pekhidmatnya dalam penjalanan penyiasatan itu dan hendaklah boleh diterima sebagai keterangan.

Report