Skip to content

Seksyen 44

Penggeledahan dengan waran

of Akta Industri Pelancongan 1992

ActIn forceProvision 48 of 53
Seksyen 44
(1)

Bilamana ternyata kepada mana-mana Majistret berdasarkan kepada maklumat bertulis atas sumpah dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab munasabah bagi mempercayai bahawa suatu kesalahan terhadap Akta ini sedang berlaku dalam mana-mana premis atau tempat, Majistret itu boleh mengeluarkan waran memberi kuasa mana-mana pegawai diberi kuasa, pada waktu siang atau malam dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki premis atau tempat itu dan menggeledah serta menyita atau mengambil salinan segala buku, akaun, atau dokumen lain yang mengandungi atau yang disyaki mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang disyaki telah dilakukan sedemikian atau tentang apa-apa benda lain yang berhubungan dengan kesalahan itu.

(2)

Mana-mana pegawai sedemikian boleh jika perlu berbuat demikian—

(a)

memecahkan mana-mana pintu luar atau pintu dalam mana-mana premis atau tempat, dan memasuki ke dalam premis atau tempat itu;

(b)

dengan kekerasan, memasuki premis atau tempat itu dan tiap-tiap bahagiannya;

(c)

mengalihkan dengan menggunakan kekerasan apa-apa halangan terhadap kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pengalihan sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk menguatkuasakannya;

(d)

menahan tiap-tiap orang yang didapati dalam premis atau tempat itu sehinggalah premis atau tempat itu telah digeledah; dan

(e)

jika premis atau tempat itu digunakan bagi penjalanan atau pengendalian suatu pengusahaan pelancongan tanpa lesen, melakkan premis atau tempat itu.

Industri Pelancongan 41