Skip to content

Seksyen 38

of Akta Industri Pelancongan 1992

ActIn forceProvision 42 of 53

Seksyen 38

(1)

Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini telah dilakukan oleh suatu syarikat, mana-mana orang yang pada masa berlakunya kesalahan itu ialah seorang pengarah, setiausaha, pengurus atau pegawai lain syarikat itu atau yang berupa bertindak atas sifat sedemikian, disifatkan melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum dengan sewajarnya melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha untuk menghalang perlakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya memandangkan kepada jenis fungsinya atas sifat itu dan kepada segala hal keadaan.

(2)

Mana-mana orang yang berkemungkinan akan didapati bersalah atas sesuatu kesalahan sekiranya dia sendiri yang telah melakukan atau

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 482

tidak melakukan sesuatu perkara melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti yang sama jika perkara itu telah dilakukan atau tidak dilakukan oleh pegawai, ejen atau pekhidmatnya dalam penjalanan perniagaannya melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau persetujuannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah munasabah untuk menghalang perlakuan atau peninggalan untuk melakukan perkara sedemikian.

(3)

Tiada apa-apa jua dalam subseksyen (2) boleh melepaskan mana-mana pegawai, ejen atau pekhidmat sedemikian daripada apa-apa tanggungan untuk kesalahan.