Skip to content

Seksyen 39

Kuasa untuk mengkompaun kesalahan

of Akta Industri Pelancongan 1992

ActIn forceProvision 43 of 53
Seksyen 39
(1)

Pesuruhjaya boleh, dengan keizinan bertulis Pendakwa Raya, mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang ditetapkan sebagai suatu kesalahan boleh kompaun dengan menghendaki seseorang yang dengan munasabahnya disyaki melakukan kesalahan itu membayar sejumlah wang tidak melebihi lima puluh peratus daripada amaun denda maksimum yang boleh dikenakan ke atas orang itu jika dia telah disabitkan atas kesalahan itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika amaun yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam masa yang dinyatakan, atau dalam apa-apa tempoh masa yang lebih lanjut yang diberikan oleh

Pesuruhjaya, pendakwaan bagi kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu dibuat.

(3)

Jika sesuatu kesalahan telah dikompaun di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh selepas itu dimulakan berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun kesalahan itu dibuat.

Industri Pelancongan 37