Seksyen 42
Kuasa untuk memeriksa saksi
of Akta Industri Pelancongan 1992
Mana-mana pegawai diberi kuasa yang membuat penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan mana-mana orang yang disangkakan mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu dan hendaklah mengubah apa-apa pernyataan yang dibuat oleh orang yang diperiksa sedemikian ke dalam bentuk tulisan.
(2)
Orang sedemikian adalah terikat untuk menjawab segala soalan yang diajukan kepadanya oleh pegawai sedemikian yang berhubungan dengan kes itu:
38 Undang-Undang Malaysia AKTA 482
Dengan syarat bahawa orang itu boleh enggan menjawab apa-apa soalan yang jawapannya berkemungkinan mendedahkannya kepada suatu pertuduhan jenayah atau penalti pelucuthakan.
(3)
Seseorang yang membuat pernyataan di bawah seksyen ini adalah terikat di sisi undang-undang untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat pada keseluruhannya atau sebahagiannya bagi menjawab soalan.
(4)
Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1) hendaklah terdahulu memberitahu orang itu mengenai peruntukan subseksyen (2) dan (3).
(5)
Suatu pernyataan yang dibuat oleh mana-mana orang di bawah seksyen ini hendaklah, bilamana perlu, diubah ke dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibujarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan dalam bentuk tulisan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa yang digunakannya semasa dia membuat pernyataan itu dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya.