Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian VII · Tribunal Rayuan
107. Kekebalan tindakan kerana tindakan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati
Feedback & supportTiada tindakan atau guaman boleh dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap —
(a)
Tribunal Rayuan;
(b)
Pengerusi atau mana-mana anggota Tribunal Rayuan;
(c)
Setiausaha atau mana-mana pegawai Tribunal Rayuan yang lain; atau
Industri Perkhidmatan Air 85
(d)
seseorang yang diberi kuasa untuk bertindak untuk dan bagi pihak Tribunal Rayuan, bagi apa-apa tindakan atau peninggalan yang dilakukan dengan suci hati dalam melaksanakan fungsi Tribunal Rayuan atau fungsinya dan penggunaan kuasa Tribunal Rayuan atau kuasanya di bawah
Akta ini dan mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini.