Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian VII · Tribunal Rayuan
92. Keanggotaan Tribunal Rayuan
Feedback & supportTribunal Rayuan hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
seorang Pengerusi; dan
sekurang-kurangnya dua orang anggota lain, atau apa-apa bilangan anggota yang lebih ramai sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Menteri.
Menteri hendaklah melantik seseorang yang merupakan seorang anggota Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan Persekutuan selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun atau yang merupakan seorang peguam bela dan peguam cara Mahkamah Tinggi yang sedang menjalankan amalan sekurang-kurangnya selama sepuluh tahun untuk menjadi
Pengerusi Tribunal Rayuan.
Pelantikan anggota Tribunal Rayuan hendaklah disiarkan dalam
Warta.
Seseorang anggota Tribunal Rayuan yang disebut dalam perenggan (1)(b) —
hendaklah memegang jawatan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun; dan
hendaklah layak untuk dilantik semula setelah tamat tempoh jawatannya tetapi tidak boleh dilantik bagi lebih daripada dua tempoh yang berturut-turut.
Industri Perkhidmatan Air 79