Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian VII · Tribunal Rayuan
96. Penzahiran kepentingan
Feedback & supportSeseorang anggota Tribunal Rayuan hendaklah menzahirkan, dengan secepat yang dapat dilaksanakan, kepada Pengerusi mengenai apa-apa kepentingan, sama ada substansial atau tidak, yang mungkin bercanggah dengan tugas anggota itu sebagai anggota Tribunal Rayuan dalam sesuatu perkara tertentu.
Jika Pengerusi berpendapat bahawa kepentingan anggota itu bercanggah dengan tugas anggota itu sebagai anggota Tribunal Rayuan,
Pengerusi hendaklah memaklumkan semua pihak kepada perkara itu mengenai percanggahan itu.
Jika tiada pihak kepada perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota itu boleh terus melaksanakan tugasnya sebagai anggota Tribunal berhubung dengan perkara itu.
Jika sesuatu pihak dalam perkara itu membantah mengenai percanggahan itu, anggota Tribunal Rayuan itu tidak boleh meneruskan pelaksanaan tugasnya sebagai anggota Tribunal Rayuan berhubung dengan perkara itu.
Industri Perkhidmatan Air 81
Kegagalan oleh anggota itu untuk menzahirkan kepentingannya di bawah subseksyen (1) hendaklah—
menidaksahkan keputusan Tribunal Rayuan itu melainkan jika semua pihak bersetuju untuk terikat dengan keputusan itu; dan
menjadikan anggota itu tertakluk kepada pembatalan pelantikannya di bawah seksyen 94.