Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian VII · Tribunal Rayuan
99. Rekod keputusan atau arahan Suruhanjaya atau jawatankuasa
Feedback & supportOrang yang terkilan yang disebut dalam subseksyen 98(1)
boleh, atas inisiatifnya sendiri, meminta secara bertulis kepada
Suruhanjaya atau jawatankuasa untuk mendapatkan suatu pernyataan mengenai alasan bagi keputusan atau arahan Suruhanjaya atau jawatankuasa.
Tertakluk kepada subseksyen (3), Suruhanjaya atau jawatankuasa hendaklah, apabila menerima permintaan bertulis di bawah subseksyen
, memberikan suatu salinan pernyataan mengenai alasan bagi keputusan atau arahannya kepada orang yang terkilan itu apabila dibayar fi yang ditetapkan.
Apabila suatu notis rayuan telah difailkan dengan Tribunal
Rayuan di bawah subseksyen 98(1), Suruhanjaya atau jawatankuasa hendaklah, jika ia belum lagi menulis alasan bagi keputusan atau arahannya mengenai perkara yang dinyatakan dalam notis itu sebagaimana yang diminta oleh perayu di bawah subseksyen (1), merekodkan secara bertulis alasan bagi keputusan atau arahannya dan alasan bertulis itu hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod prosiding di hadapan Tribunal Rayuan.