Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2006Read it in English

Bahagian VII · Tribunal Rayuan

94. Peletakan jawatan dan pembatalan pelantikan

Feedback & support
(1)

Pengerusi atau mana-mana anggota Tribunal Rayuan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dengan memberikan notis bertulis kepada Menteri.

(2)

Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan pelantikan

Pengerusi atau mana-mana anggota Tribunal Rayuan yang lain jika —

(a)

dia tidak sempurna akal atau selainnya tidak berupaya untuk melaksanakan tugasnya atau menguruskan hal ehwalnya;

(b)

dia menjadi bankrap atau tidak solven;

(c)

dia dilarang menjadi pengarah syarikat di bawah peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan syarikat;

(d)

dia telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang oleh suatu mahkamah di Malaysia;

(e)

dia telah melakukan salah laku yang serius berhubung dengan tugasnya;

(f)

dia tidak mematuhi obligasinya di bawah seksyen 96; atau

(g)

prestasinya tidak memuaskan selama suatu tempoh masa yang ketara.

Report

Bahagian VIII

Pemindahmilikan Perniagaan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Am dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bab 4

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules