Seksyen 125
Mengganggu sistem bekalan air atau sistem pembetungan atau sebahagian daripada sistem itu
of Akta Industri Perkhidmatan Air 2006
ActIn forceProvision 125 of 194
Seksyen 125
Seseorang yang mengganggu apa-apa paip, saluran, pembuluh atau struktur, pembetung, lurang, kebuk, lekapan dan kelengkapan, termasuk apa-apa injap, pili atau mana-mana bahagian suatu sistem bekalan air atau sistem pembetungan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.