Skip to content

Seksyen 131

Kuasa untuk mengambil tindakan

of Akta Industri Perkhidmatan Air 2006

ActIn forceProvision 131 of 194
Seksyen 131

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang atau dianggap boleh menghalang pemegang lesen daripada memulakan apa-apa tindakan atau guaman terhadap mana-mana orang bagi kerosakan yang disebabkan kepada mana-mana sistem bekalan air atau sistem pembetungan atau mana-mana bahagian sistem itu, atau menghalang mana-mana orang daripada didakwa atas suatu kesalahan berkenaan dengan mana-mana sistem bekalan air atau sistem pembetungan atau mana-mana bahagian sistem itu yang berada di bawah kawalan atau pengurusan pemegang lesen.