Skip to content
In forceUpdated to 1 Aug 2006Read it in English

Bahagian X · Kesalahan Am dan Penalti

129. Penggunaan atau pembekalan yang menyalahi undang-undang kelengkapan, peranti, bahan, sistem atau kemudahan yang tidak standard

Feedback & support
(1)

Seseorang yang menggunakan atau membekalkan apa-apa kelengkapan, peranti, bahan, sistem atau kemudahan yang tidak standard yang diketahuinya atau yang dia mempunyai alasan untuk mempercayai adalah kelengkapan, peranti, bahan, sistem atau kemudahan yang tidak standard untuk digunakan bagi tujuan memasang, menjalankan atau mengendalikan kelengkapan, peranti, bahan, sistem atau kemudahan itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2)

Dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini atau perundangan subsidiarinya, apa-apa dokumen yang berupa suatu perakuan yang diberikan oleh pegawai diberi kuasa yang memperakukan bahawa mana-mana kelengkapan, peranti atau bahan tertentu adalah suatu kelengkapan, peranti atau bahan yang tidak standard hendaklah boleh diterima sebagai keterangan prima facie tentang fakta yang dinyatakan di dalamnya sehingga dibuktikan sebaliknya.

Report

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bab 4

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules