Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 · Updated to 1 Aug 2006 · Bahagian X · Kesalahan Am dan Penalti
128. Prosiding jika penghuni membantah pelaksanaan kerja
Feedback & supportJika penghuni mana-mana premis menghalang pemilik atau perbadanan pengurusan premis itu daripada menguatkuasakan mana-mana peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya berkenaan dengan premis itu selepas notis mengenai niat pemilik atau perbadanan pengurusan itu untuk berbuat demikian telah diberikan oleh pemilik atau perbadanan pengurusan itu kepada penghuni itu, Mahkamah Majistret, atas bukti mengenainya dan atas permohonan pemilik atau perbadanan pengurusan itu, boleh membuat suatu perintah untuk menghendaki penghuni itu membenarkan pemilik atau perbadanan pengurusan itu untuk melaksanakan segala kerja sedemikian berkenaan dengan premis itu yang perlu bagi menguatkuasakan peruntukan Akta ini atau perundangan subsidiarinya dan boleh juga, jika difikirkannya patut, memerintahkan supaya penghuni itu membayar kos yang berhubungan dengan permohonan atau perintah itu kepada pemilik atau perbadanan pengurusan itu.
Penghuni mana-mana premis yang, selepas tamat tempoh lapan hari dari tarikh suatu perintah dibuat di bawah subseksyen
, terus enggan untuk membenarkan pemilik atau perbadanan
Undang-Undang Malaysia 104
pengurusan premis itu melaksanakan kerja yang dinyatakan dalam perintah itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, dan pemilik atau perbadanan pengurusan itu hendaklah, semasa keengganan penghuni itu berterusan, dilepaskan daripada apa-apa penalti yang selainnya mungkin boleh dikenakan ke atas pemilik atau perbadanan pengurusan itu oleh sebab keingkarannya dalam melaksanakan kerja itu.