Skip to content

Seksyen 127

Seseorang yang pada bila-bila masa—

of Akta Industri Perkhidmatan Air 2006

ActIn forceProvision 127 of 194
Seksyen 127

(a)

menggalang atau menghalang pemegang lesen atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya di bawah

Akta ini atau mana-mana pegawai, pekerja, ejen atau kontraktor pemegang lesen atau Suruhanjaya dalam penjalanan dan pelaksanaan kewajipannya atau apa-apa jua yang pemegang lesen atau Suruhanjaya masing-masingnya diberi kuasa atau dikehendaki membuatnya menurut kuasa atau berikutan dengan Akta ini; atau

(b)

mengalihkan apa-apa tanda yang diletakkan bagi maksud menunjukkan apa-apa aras atau arah yang perlu bagi pelaksanaan kerja yang dibenarkan oleh Akta ini atau perundangan subsidiarinya, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.