Seksyen 35
of Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983
Seksyen 35
Tiada seorang pun boleh, pada menjanakan, menghantar, membekal atau mengguna tenaga, membenarkan mana-mana bahagian talian bekalannya disambungkan dengan bumi kecuali sebagaimana ditetapkan melalui kaedah di bawah Akta ini atau sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Ketua Pengarah.
(2)
Jika berlaku apa-apa pelanggaran terhadap subseksyen (1), Ketua Pengarah boleh melalui perintah bertulis menghendaki pemegang lesen atau pemunya supaya menanggalkan sambungan itu dan boleh melarang penggunaan apa-apa talian bekalan atau kerja atau pepasangan sehingga perintah itu dipatuhi dan tiap-tiap perintah itu hendaklah dipatuhi oleh orang yang berkenaan.