Seksyen 36
of Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983
Seksyen 36
Jika seseorang Pengarah dapati pada manamana pepasangan atau bahagiannya apa-apa defek yang pada pendapatnya mungkin menyebabkan bahaya maka dia boleh, melalui notis yang ditampalkan di tempat di mana pepasangan atau bahagian yang dimaksudkan itu dipasang atau ada dijalankan, atau disampaikan kepada pemegang lesen atau pemunya pepasangan itu, menghendaki supaya defek itu diperbaiki atau dihapuskan dalam tempoh sebagaimana dinyatakan dalam notis itu dan dalam hal yang demikian pepasangan atau bahagiannya tidak boleh dikendalikan atau digunakan selepas tamat tempoh yang dinyatakan melainkan jika defek itu telah diperbaiki atau dihapuskan hingga memuaskan hati Pengarah:
Dengan syarat bahawa jika Pengarah berpendapat bahawa defek itu mungkin menyebabkan bahaya secara langsung maka dia boleh melalui notis yang ditampalkan atau disampaikan seperti tersebut di atas tadi, serta-merta menggantung pengendalian dan penggunaan pepasangan itu dan, jika perlu melakkan pepasangan itu atau bahagiannya sehingga defek itu diperbaiki atau dihapuskan. Pepasangan itu atau bahagiannya tidak boleh dikendali atau diguna selagi notis penggantungan itu masih tidak ditarik balik dan lak itu tidak ditanggalkan oleh Pengarah.
janakan a, mem kalannya gaimana ini atau eh Ketua dap sub perintah pemunya n boleh lan atau dipatuhi uhi oleh la manapa defek n bahaya palkan di yang di can, atau pemunya itu diper-agaimana hal yang lak boleh t tempoh lah diper-kan hati rpendapat aya secara ditampal atas tadi, enggunaan epasangan baiki atau nya tidak tis peng-n lak itu
(2)
Tiap-tiap pemegang lesen dan tiap-tiap pihak pengurusan dan orang yang menjaga pepasangan yang sedar akan sesuatu defek yang mungkin menyebabkan bahaya hendaklah serta-merta memperbaiki atau menghapuskan defek itu dan tiap-tiap pengguna yang sedar akan sesuatu defek pada mana-mana kelengkapan yang mungkin menyebabkan bahaya hendaklah sertamerta memperbaiki atau menghapuskan defek itu atau membuat laporan mengenainya itu kepada Pengarah.
(3)
Jika pada pendapat Ketua Pengarah apa-apa defek pada sesuatu pepasangan yang berkenaan dengannya suatu lesen ada berkuatkuasa adalah dari jenis yang tidak dapat diperbaiki atau dihapuskan, maka Ketua Pengarah hendaklah mengadakan suatu siasatan dan, jika difikirkannya perlu berbuat demikian, hendaklah membatalkan lesen itu.
(4)
Pemegang lesen atau pemunya tidaklah berhak mendapat pampasan kerana apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pemegang lesen atau pemunya disebabkan penggantungan pengendalian dan penggunaan serta pelakan mana-mana pepasangan atau bahagiannya atau disebabkan penggantungan atau pembatalan sesuatu lesen di bawah seksyen ini.
(5)
Mana-mana orang yang melanggar atau tidak mematuhi subseksyen (1) dan (2) adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.