Skip to content

Seksyen 37

Terma kontrak tertentu dilarang

of Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993

ActIn forceProvision 36 of 44
Seksyen 37
(1)

Sesuatu kontrak yang baginya Akta ini terpakai tidak boleh mengandungi—

(a)

apa-apa peruntukan yang berupa sebagai menyingkirkan, mengehadkan, atau mengubahsuaikan apa-apa hak yang diberikan kepada seseorang pembeli melalui Akta ini;

atau

(b)

apa-apa peruntukan daripada jenis yang dilarang oleh peraturan-peraturan.

(2)

Jika sesuatu kontrak yang baginya Akta ini terpakai mengandungi suatu peruntukan yang berlawanan dengan subseksyen (1), peruntukan itu adalah batal dan penjual dan mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk membuat kontrak itu, setiap satunya, melakukan suatu kesalahan.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan, dsb.