Skip to content

Seksyen 38

of Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993

ActIn forceProvision 37 of 44

Seksyen 38

(1)

Jika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan

Akta ini atau peraturan-peraturan telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain dalam pertubuhan perbadanan itu, pekongsi dalam perkongsian itu atau pemegang jawatan dalam pertubuhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau berupa sebagai bertindak atas mana-mana sifat sedemikian, atau dengan apa-apa cara atau hingga apa-apa takat bertanggungjawab atas pengurusan apa-apa hal ehwal pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan itu, atau membantu dalam pengurusan sedemikian, melakukan kesalahan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa diizinkan atau dibiarkan olehnya dan bahawa dia telah menjalankan segala daya usaha untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya dijalankan olehnya, setelah mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan setelah mengambil kira segala hal keadaan.

40

Undang-Undang Malaysia

Akta 500

(2)

Jika mana-mana orang (dalam subseksyen ini disebut

“prinsipal”) akan boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah Akta ini kerana apa-apa perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran, dia hendaklah boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran pekerja atau ejennya, atau pekerja ejen itu, jika perbuatan, ketinggalan, kecuaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh pekerja prinsipal itu dalam perjalanan pekerjaannya, atau oleh ejen itu apabila bertindak bagi pihak prinsipal itu, atau oleh pekerja ejen itu dalam perjalanan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.