Seksyen 42
Kuasa untuk memberikan pengecualian
of Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993
Menteri boleh, melalui perintah, mengecualikan, tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkannya patut dikenakan, mana-mana orang atau golongan orang, atau apa-apa perniagaan jualan langsung atau golongan perniagaan jualan langsung daripada kesemua atau mana-mana peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan atas alasan—
(a)
bahawa hasil daripada perniagaan jualan langsung itu akan digunakan semata-mata bagi maksud khairat, kebajikan, kemasyarakatan, keagamaan atau pendidikan;
(b)
bahawa orang yang hendak menjual barang-barang atau membekalkan perkhidmatan itu ialah orang kurang upaya;
42
Undang-Undang Malaysia
Akta 500
(c)
bahawa orang yang hendak menjual barang-barang atau membekalkan perkhidmatan itu ialah, dalam perjalanan biasa perniagaannya, dikehendaki membekalkan barang-barang atau perkhidmatannya dengan cara transaksi jualan langsung bagi kemudahan pembeli; atau
(d)
bahawa pemberian pengecualian kepada orang atau perniagaan jualan langsung itu tidak akan, pada pendapat
Menteri, menjejaskan kepentingan pembeli.
(2)
Menteri boleh, pada bila-bila masa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, membatalkan apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa pengecualian itu tidak lagi sesuai untuk terus diberikan.