Seksyen 40
Pengkompaunan kesalahan
of Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993
Pengawal atau Timbalan Pengawal boleh mengkompaun apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang ditetapkan sebagai kesalahan boleh kompaun dengan menerima daripada orang yang semunasabahnya disyaki telah melakukan kesalahan itu sejumlah wang yang tidak melebihi amaun yang ditetapkan.
(2)
Apabila bayaran diterima di bawah subseksyen (1), tiada prosiding selanjutnya boleh diambil terhadap orang itu berkenaan dengan kesalahan itu dan jika apa-apa barang-barang telah diambil milik, barang-barang itu boleh dilepaskan, tertakluk kepada apa-apa syarat yang boleh dikenakan.
(3)
Kuasa untuk mengkompaun kesalahan di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan oleh Pengawal atau Timbalan
Pengawal sendiri.