Skip to content

Seksyen 39

Penalti am

of Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993

ActIn forceProvision 38 of 44
Seksyen 39
(1)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya dia boleh didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

(2)

Mana-mana pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan yang melakukan kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ribu ringgit, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang berikutnya ia boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit.

(3)

Jika seseorang, yang menjadi pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain dalam sesuatu pertubuhan perbadanan, pekongsi dalam sesuatu perkongsian atau pemegang jawatan dalam sesuatu pertubuhan, mengikut mana-mana yang berkenaan, adalah, menurut kuasa seksyen 38, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau peraturan-peraturan yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata, dia boleh dikenakan penalti yang diperuntukkan di bawah subseksyen (1).

Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 41