Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian IV · Mahkamah bagi Kanak-Kanak
12. Tempat bersidang dan orang yang boleh hadir di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak
Feedback & supportMahkamah Bagi Kanak-Kanak hendaklah, jika dapat dilaksanakan, bersidang—
sama ada di dalam suatu bangunan atau bilik yang berlainan daripada bangunan atau bilik di mana persidangan Mahkamah-Mahkamah selain Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak diadakan; atau
Kanak-Kanak 35
pada hari-hari yang berlainan daripada hari-hari persidangan
Mahkamah-Mahkamah yang lain itu diadakan.
Jika sesuatu Mahkamah Bagi Kanak-Kanak bersidang di dalam bangunan yang sama dengan Mahkamah-Mahkamah yang lain, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu hendaklah mempunyai pintu masuk dan pintu keluar yang berlainan daripada pintu masuk dan pintu keluar Mahkamah-Mahkamah yang lain itu untuk membolehkan kanak-kanak dibawa ke dan dari Mahkamah Bagi
Kanak-Kanak itu tanpa gangguan.
Tiada seorang pun boleh hadir dalam mana-mana persidangan
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak kecuali—
anggota dan pegawai Mahkamah itu;
kanak-kanak yang menjadi pihak dalam kes di hadapan
Mahkamah itu, ibu dan bapa, penjaga, peguam bela dan saksi mereka, dan orang lain yang ada kena-mengena secara langsung dengan kes itu; dan
mana-mana orang lain yang bertanggungjawab sebagaimana yang ditentukan oleh Mahkamah itu.