Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian IV · Mahkamah bagi Kanak-Kanak
15. Sekatan ke atas laporan dan penyiaran media
Feedback & supportWalau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa laporan media massa mengenai—
apa-apa langkah yang diambil terhadap seseorang kanak-kanak yang terlibat atau berupa sebagai terlibat dalam apa-apa perbuatan atau peninggalan jenayah, sama ada langkah-langkah itu semasa penyiasatan atau pada peringkat sebelum perbicaraan, perbicaraan atau selepas perbicaraan;
mana-mana kanak-kanak yang berkenaan dengannya jagaan diambil di bawah Bahagian V, VI dan VIII;
mana-mana kanak-kanak yang ditahan di bawah
Bahagian VII;
Kanak-Kanak 37
mana-mana kanak-kanak yang berkenaan dengannya mana-mana kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis telah atau disyaki telah dilakukan; atau
mana-mana prosiding di bawah Bahagian VI, tidak boleh mendedahkan nama, alamat atau institusi pendidikan, atau memasukkan apa-apa butir yang dikira boleh membawa kepada pengenalpastian mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian sama ada sebagai orang yang terhadapnya atau yang berkenaan dengannya tindakan sedang diambil atau sebagai seorang saksi dalam tindakan itu.
Gambar—
mana-mana kanak-kanak yang terlibat dalam mana-mana perkara yang disebut dalam subseksyen (1); atau
mana-mana orang, tempat atau benda lain boleh membawa kepada pengenalpastian mana-mana kanak-kanak yang terlibat sedemikian, tidak boleh disiarkan dalam apa-apa akhbar atau majalah atau disampaikan melalui apa-apa perantara elektronik.
Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau, dalam hal keadaan yang memerlukan tindakan segera, Majistret—
boleh, jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak atau Majistret itu berpuas hati bahawa adalah demi kepentingan keadilan untuk berbuat demikian; dan
hendaklah, dalam hal sesuatu permohonan oleh atau dengan kebenaran Pelindung, mengetepikan kehendak seksyen ini setakat yang difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah atau Majistret itu.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (2)
melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Undang-Undang Malaysia 38
Bagi maksud seksyen ini, “menyampaikan” termasuklah menyiarkan melalui radio atau televisyen.