Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian IV · Mahkamah bagi Kanak-Kanak
14. Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh memerintahkan supaya peletakan, penahanan, dsb., melampaui tarikh kanak-kanak mencapai umur lapan belas tahun
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa jua dalam Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis atau mana-mana rukun undang-undang, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak boleh, jika
Undang-Undang Malaysia 36
Mahkamah itu berpendapat bahawa hal keadaan memerlukannya, membuat suatu perintah yang berhubungan dengan—
peletakan atau penahanan seseorang kanak-kanak di sesuatu tempat tahanan, tempat perlindungan, asrama akhlak, sekolah diluluskan, Sekolah Henry Gurney, institusi atau pusat yang diluluskan;
pengawasan seseorang kanak-kanak oleh seorang Pegawai
Kebajikan Masyarakat, Pelindung atau pegawai akhlak, mengikut mana-mana yang berkenaan;
mana-mana tempoh percubaan; atau
tempoh perintah khidmat masyarakat, yang mempunyai kesan melanjutkan tempoh peletakan, penahanan, pengawasan, percubaan atau khidmat masyarakat sedemikian melampaui tarikh kanak-kanak itu mencapai umur lapan belas tahun.
Perintah yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dipatuhi oleh kanak-kanak itu dan semua pihak yang dimaksudkan dalam perintah itu selagi perintah itu masih berkuat kuasa dan berkesan.