Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2023Read it in English

Bahagian IV · Mahkamah bagi Kanak-Kanak

16. Anggapan mengenai umur

Feedback & support
(1)

Jika dalam sesuatu pertuduhan bagi sesuatu kesalahan yang boleh dibicarakan di bawah Akta ini—

(a)

dikatakan bahawa orang yang melakukan kesalahan itu di bawah umur atau sudah mencapai mana-mana umur yang tertentu; dan

(b)

bahawa orang itu pada hemat Mahkamah Bagi Kanak-Kanak adalah pada tarikh pelakuan kesalahan yang dikatakan itu di bawah umur atau sudah mencapai umur yang tertentu, mengikut mana-mana yang berkenaan, orang itu hendaklah, bagi maksud Akta ini, dianggapkan pada tarikh itu di bawah umur atau sudah mencapai umur itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan apa-apa perintah yang dibuat dalam pertuduhan itu tidak boleh dibatalkan dengan apa-apa bukti kemudiannya bahawa umur itu telah dinyatakan dengan tidak betul.

(2)

Jika Mahkamah Bagi Kanak-Kanak berasa ragu-ragu tentang umur yang tepat bagi orang yang dikatakan telah melakukan sesuatu kesalahan, perakuan seorang pegawai perubatan yang bermaksud bahawa, pada pendapatnya, orang itu sudah atau belum mencapai umur yang tertentu boleh diberikan sebagai keterangan, dan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak itu hendaklah mengisytiharkan umur orang itu bagi maksud Akta ini.

(3)

Umur yang diisytiharkan sedemikian oleh Mahkamah Bagi

Kanak-Kanak di bawah subseksyen (2) hendaklah disifatkan sebagai umur sebenar orang itu, melainkan dan sehingga dibuktikan sebaliknya.

Kanak-Kanak 39

Report

Bahagian V

Kanak-Kanak yang Memerlukan Pemeliharaan dan Pelindungan

Bab 1

Bab

Jagaan Sementara dan Pemeriksaan dan Rawatan Perubatan

Bab

Kesalahan Berhubung Dengan Kesihatan dan Kebajikan Kanak-Kanak

Bab

Pemberitahuan Apabila Mengambil Kanak-Kanak ke dalam Pemeliharaan, Jagaan atau Kawalan

Bahagian VI

Kanak-Kanak yang Memerlukan Pelindungan dan Pemulihan

Bahagian VII

Tidak Terkawal

Bahagian VIII

Pemerdagangan dan Pemelarian Kanak-Kanak

Bahagian IX

Institusi

Bab

Sekolah Henry Gurney

Bab 6

Bab 7

Bahagian X

Tatacara Jenayah di Mahkamah bagi Kanak-Kanak

Bahagian XI

Dalam Pemeliharaan Orang yang Layak dan Sesuai

Bahagian XII

Perintah Sumbangan

Bahagian XIII

Bahagian XIV

Bahagian XV

Peruntukan Kecualian dan Peralihan

Schedules