Akta Kanak-Kanak 2001 · Updated to 1 Jul 2023 · Bahagian XIV
120. Akses kepada Daftar
Feedback & supportButir-butir yang terkandung dalam Daftar hendaklah diberikan kepada—
mana-mana Mahkamah apabila ada di hadapan Mahkamah itu apa-apa prosiding berkenaan dengan seseorang kanak-kanak yang memerlukan pelindungan;
mana-mana Mahkamah apabila diminta sedemikian oleh
Mahkamah itu; dan
Ketua Pengarah, seseorang Pelindung, mana-mana pegawai polis atau mana-mana anggota sesuatu Pasukan Pelindungan
Kanak-Kanak atau Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak apabila mana-mana satu daripada mereka menghendaki butir-butir sedemikian bagi maksud apa-apa prosiding di bawah Akta ini atau bagi maksud pengambilan tindakan berkenaan dengan, atau pemberian bantuan kepada, seseorang kanak-kanak yang memerlukan pelindungan.
Undang-Undang Malaysia 154
Butir-butir yang terkandung dalam Daftar boleh diberikan kepada—
orang yang terlibat dalam penyelidikan bona fide dan yang akses mereka kepada Daftar dibenarkan oleh Ketua
Pengarah bagi maksud itu; atau
orang-orang atau golongan-golongan orang yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah mendapat akses kepada Daftar atas alasan bahawa akses mereka kepada Daftar akan mempertingkatkan pelindungan kanak-kanak.
Butir-butir yang diberikan di bawah seksyen ini tidak boleh termasuk apa-apa maklumat yang mendedahkan atau mungkin membawa kepada pendedahan identiti mana-mana orang yang telah memberikan apa-apa maklumat bahawa seseorang kanak-kanak memerlukan pelindungan.